informasi
kisah karpal singh
perkebumian karpal singh
Orang ramai ikuti perarakan pengebumian mendiang Karpal Singh
MENDIANG Karpal Singh dibawa keluar dari kediamannya Jalan Kebun Bunga di sini, sebelum diarak sekitar Georgetown dan berhenti di Dewan Sri Pinang, untuk orang ramai memberikan penghormatan yang terakhir. - Foto Danial Saad
Georgetown: Ribuan rakyat dari pelbagai kaum membanjiri kediaman mendiang Karpal Singh di Jalan Utama, di sini, bagi mengikuti upacara perarakan pengebumian veteran politik itu.
Keranda mendiang Karpal dibawa keluar dari kediamannya menaiki van pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard tepat jam 7.40 pagi.
Turut menaiki van berkenaan ialah anak mendiang, yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, yang duduk bersebelahan pemandu.
Sementara itu, balu mendiang, Gurmit Kaur, bersama empat lagi anaknya menaiki MPV berasingan.
Turut mengiringi perarakan adalah dua bas yang membawa ahli keluarga dan teman rapat mendiang.
Perarakan turut dikawal anggota polis trafik dan anggota sukarelawan yang bertugas.
Perarakan ke Dewan Sri Pinang itu dijangka tiba jam 9 pagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir.
Kredit : Sumber
Semua org ingin penghormatan terakhir..
ReplyDeleteSemua ingin memberikan peringatan terakhir,, walaupun berbeza fahaman politik..
DeleteAssalamualaikum mselim, ramai beri penghormatan terakhir kan.. singgah menabung nissan dan digi sini~~~
ReplyDeletememang ramai.. biasalah orang politik di kenali ramai.. kan.
Deleteramai juga kan yg hadir...
ReplyDeleteRamai..sesangat...
Deleteeh.. baru tahu mselim ade blog lain :) salam ziarah ye
ReplyDeleteSebenarnya zam.. blog ini adalah blog mula2 mselim3.. tp kurang di'bangunkan'..
Delete