Pesawat MAS MH370 Yang Hilang Terhempas.

nasibpesawatMH370


Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News. 


Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu. -astroawani 



Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilang

Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini.

Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini.

Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.

"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 kanak-kanak), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya.

Sementara itu, Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika ia di ruang udara dikawal Vietnam awal pagi hari ini.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

MAS berkata pihaknya akan memberitahu perkembangan terkini tentang situasi tersebut. Orang awam boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.

Dalam kenyataannya, MAS berkata ahli keluarga penumpang boleh hadir ke Bangunan Sokongan Fasiliti di Zon Selatan Sokongan KLIA.

Untuk petunjuk jalan sila hubungi 03 8787 1269. 
-TMI

UPDATE [12:37]: Tuoi Tre, a leading daily in Vietnam, reports that the Vietnamese Navy has confirmed the plane crashed into the ocean.  According to Navy Admiral Ngo Van Phat, Commander of the Region 5, military radar recorded that the plane crashed into the sea at a location 153 miles South of Phu Quoc island.

nasibpesawatMH370
Pls: mselim3 mengharap sangat agar penumpang dan anak kapal MH370 ini selamat hendaknya. Serta tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku. Mengharap agar kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita lebih berhati-hati. Malang Memang tidak berbau. 

Doa dan harapan keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia pun sama agar selamat hendaknya. Bersama-sama kita berdoa untuk keselamatan penumpang Malaysia dan penumpang-penumpang yang lainnya. Amin. 


Read more: Disini 
Kredit : Sumber

No comments

Powered by Blogger.