Orang ramai ikuti perarakan pengebumian mendiang Karpal Singh

perkebumianmendiangkarpalsingh

MENDIANG Karpal Singh dibawa keluar dari kediamannya Jalan Kebun Bunga di sini, sebelum diarak sekitar Georgetown dan berhenti di Dewan Sri Pinang, untuk orang ramai memberikan penghormatan yang terakhir. - Foto Danial Saad

Georgetown: Ribuan rakyat dari pelbagai kaum membanjiri kediaman mendiang Karpal Singh di Jalan Utama, di sini, bagi mengikuti upacara perarakan pengebumian veteran politik itu.


Keranda mendiang Karpal dibawa keluar dari kediamannya menaiki van pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard tepat jam 7.40 pagi. 


Turut menaiki van berkenaan ialah anak mendiang, yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, yang duduk bersebelahan pemandu. 


Sementara itu, balu mendiang, Gurmit Kaur, bersama empat lagi anaknya menaiki MPV berasingan.

Turut mengiringi perarakan adalah dua bas yang membawa ahli keluarga dan teman rapat mendiang.

Perarakan turut dikawal anggota polis trafik dan anggota sukarelawan yang bertugas.

Perarakan ke Dewan Sri Pinang itu dijangka tiba jam 9 pagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir. 



Kredit : Sumber

8 comments:

  1. Semua org ingin penghormatan terakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ingin memberikan peringatan terakhir,, walaupun berbeza fahaman politik..

      Delete
  2. Assalamualaikum mselim, ramai beri penghormatan terakhir kan.. singgah menabung nissan dan digi sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai.. biasalah orang politik di kenali ramai.. kan.

      Delete
  3. eh.. baru tahu mselim ade blog lain :) salam ziarah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya zam.. blog ini adalah blog mula2 mselim3.. tp kurang di'bangunkan'..

      Delete

Powered by Blogger.