Ramai minat jadi jurulatih Malaysia


Kedudukan Harimau Malaya di tangga ke-162 ranking FIFA tidak jadi halangan

Kuala Lumpur: Biarpun Malaysia hanya berada di tangga ke-162 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), masih ramai yang berminat menjadi jurulatih skuad kebangsaan terutama pengendali asing. 
Ini kerana selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 1 Ogos lalu memutuskan kontrak Datuk K Rajagobal selaku jurulatih kebangsaan tidak dilanjutkan sebaik tamat pada 31 Disember ini, kira-kira 15 surat permohonan diterima badan induk itu. 


Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkannya semalam berkata, pihak sekretariat FAM sehingga kini menerima 15 permohonan bagi jawatan jurulatih kebangsaan manakala bagi jawatan Pengarah Teknikal FAM, sebanyak lapan permohonan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

No comments

Powered by Blogger.