Kim Swee rayu jangan ganggu Harimau Muda A.


Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee merayu pasukan negeri dan kelab tempatan tidak mengganggu fokus anak buahnya sepanjang persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

“Ia di luar bidang kuasa saya, tetapi apa saya harapkan ialah tumpuan pemain ini tidak terganggu,” kata Kim Swee ketika diminta mengulas mengenai usaha beberapa pasukan memancing pemainnya ketika tumpuan utama Harimau Muda memastikan misi mempertahankan emas di Myanmar tercapai. 

“Kontrak beberapa pemain akan berakhir Disember ini tetapi bagi pemain yang masih di bawah usia 23 pada tahun depan, kontrak mereka akan disambung berdasarkan sokongan saya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya semalam. 

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 

No comments

Powered by Blogger.