PROTON Mampu Kembalikan Zaman Kegemilangan

proton



PROTON Holdings Bhd (PROTON) mampu mengembalikan zaman kegemilangannya yang diraihnya suatu ketika dulu dengan kerjasama padu semua kakitangannya dalam meningkatkan produktiviti kerja serta kualiti produk yang dihasilkan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kakitangan pengeluar kereta nasional itu perlu bekerja bersungguh-sungguh dan berdisiplin serta menanamkan sikap untuk melakukan yang terbaik dengan menghasilkan produk berkualiti. 

Beliau berkata, kakitangan Proton juga perlu mengamalkan budaya kerja Jepun yang mementingkan disiplin dan kualiti. Katanya, berdasarkan pengamatannya, beliau mendapati budaya kerja Jepun yang diamalkan sebelum ini sudah semakin terhakis di kalangan kakitangan syarikat itu.

Justeru, tegas beliau, kakitangan dari peringkat bawahan sehingga ke pengurusan tertinggi PROTON perlu lebih berdisiplin dan berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang.

"Apabila buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan tekun, kita mampu hasilkan sesuatu yang lebih baik.

"Saya yakin kita (PROTON) boleh. Kita mampu hasilkan kereta yang berkualiti lebih baik melebihi kereta import dari Jepun dan Korea," katanya pada majlis buka puasa dan solat tarawih bersama Tun Mahathir dan warga kerja PROTON di Shah Alam semalam.



Kredit : Sumber

2 comments:

  1. Cikna lah pengguna proton itu.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah ... mselim3 pun pengguna proton gak... hehehe

      mselim3

      Delete

Powered by Blogger.