Pelakon Seniman Bujang Lapok Aziz Sattar Meninggal Dunia

senimanbujanglapokmeninggaldunia
PELAKON veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. - Foto Afendi Mohamed

Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

pls: Pelakon Pak Aziz Satar adalah pelakon yang diminati mselim3 ... doakan agar arwah di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan soleh. Doakan arwah tenang dengan kehidupan 'disana' . Al-Fatihah... 
senimanbujanglapok

"Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an."

Kredit : Sumber 

8 comments:

  1. Al-fatihah.. Nurul pun minat semua filem2 lama.. tak jemu ditonton walau dah beribu kali tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum..nurul,

      memang benar filem2 lakon arwah memang tak jemu di tonton walaupun berulang kali.. kerana ada mesej ..

      Delete
  2. perginya seniman legenda yang sukar dicari ganti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tiada ganti .. sedih sesangat pemergian arwah yg ditagisi oleh semua orang..

      Delete
  3. Al-Fatihah :'(
    Filem-filem sekarang belum mampu dapat menyaing kehebatan filem dahulu, pada pendapat aku ^^
    sekarang ni bukak TV kadang2 rasa menyampah pun ada tengok filem 'lawak bodo' yang cuba dibawakkan, entah kenapa terasa lain sangat dengan filem-filem terdahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah buat arwah... lawak yang arwah buat semua menjadi dan bermesej .. pengajaran buat kita yg menonton filem lakonannya.

      Delete
  4. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.