Manchester United di hati : Nemanja Vidic

kenangan vidic

Nemanja Vidic (gambar) diraikan dalam sambutan luar biasa daripada Manchester United apabila pemain itu mengucapkan selamat tinggal kepada kelab yang disertainya selama lapan tahun.

Dia mengakui hatinya akan sentiasa ada di Old Trafford.


Bek tengah itu menerima hadiah daripada Sir Bobby Charlton sebelum skuad kendalian Ryan Giggs itu menentang Hull City malam kelmarin.

Biarpun pemain berusia 32 tahun itu hanya diletakkan di bangku simpanan pada awal permainan di Old Trafford, dia akhir­nya berpeluang beraksi buat kali terakhir bersama Red Devils di laman sendiri.
kenanganvidic

Phil Jones dikeluarkan selepas mengalami kecederaan, menyebab­kan pemain Serbia itu masuk lebih awal daripada dijangka.


Giggs merancang mahu memberi penghormatan kepada Vidic pada lewat permainan ketika penyokong United menyaksikan kelibat pemain hebat itu buat kali terakhir, sejak menyertai kelab itu dari Spartak Moscow pada 2006. 

Malah dia sungguh emosional ketika masanya tiba untuk mengucap selamat tinggal. 

“Tubuh saya saja akan mening­galkan kelab ini, tetapi hati saya akan sentiasa kekal di sini. Sudah lama saya bermain di sini,” kata Vidic.

“Saya bekerja dengan begitu ramai orang hebat dan akan sentiasa memerhatikan dan prihatin terhadap United.

“Ia satu musim yang sukar. Malam yang sukar, sungguh emosional.”

Dia menjuarai lima gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan tiga Piala Liga di bawah kendalian bekas pengurus, Sir Alex Ferguson.

Begitupun apabila kelab itu diambilalih David Moyes, beberapa pemain dianggap lebihan kepada keperluan kelab.

Tiada halangan untuk Vidic menandatangani kontrak baru untuk sekurang-kurangnya setahun lagi, tetapi sudah tiba masanya untuk menukar haluan.

Giggs berkata selepas itu: “Nemanja pergi dengan doa kami semoga berjaya dalam tahun mendatang.”

Di dalam buku program perlawanan, Nemanja berkata: “Terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang beberapa tahun ini. Saya tahu, saya akan terus menyokong kelab ini pada masa depan.

“Anda tidak akan tahu apa akan berlaku membabitkan emosi. Anda boleh cuba meramalkannya, tetapi saya bukan seorang yang emosional sebelum ini dan tidak pernah mena­ngis. Vidic mengakui larian di padang tidak akan sama tanpa trofi, tetapi sekurang-kurangnya itulah yang boleh dilakukan pemain untuk berterima kasih terhadap penyokong.

“Memandangkan prestasi kami tidak baik musim ini, perjalanan mengelilingi Old Trafford tidak akan sama seperti sebelumnya apabila kami meraikan sesuatu selepas perlawanan terakhir.

“Kini ia menjadi peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana menyokong kami tahun ini. Saya fikir, itulah yang kami boleh lakukan sekurang-kurangnya.

“Kami perlu beraksi lebih baik pada perlawanan terakhir untuk memberi harapan kepada musim baru serta keyakinan bahawa kami boleh menang.

“itulah yang difikirkan kelab ini sekarang, cuba beraksi dengan baik dan bersedia untuk musim depan.”
Kredit : Sumber

2 comments:

Powered by Blogger.