Keputusan Final Piala Thomas Malaysia Vs Jepun 2014


pialathomas

Malaysia Gagal Juara Piala Thomas 2014 | Jepun menjuarai Piala Thomas selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, sebentar tadi. 


Mata kemenangan diraih pemain perseorangan ketiganya, Takuma Ueda yang menewaskan Liew Daren 21-12, 18-21, 21-17. 

Terdahulu, Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan pemain perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago 21-12, 21-16. 

Jepun menyamakan kedudukan apabila pasangan pertamanya, Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo menewaskan pasangan negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How, 11-21, 21-17, 21-19. 

Jepun kemudian mendahului 2-1 apabila pemain perseorangan keduanya, Kento Momota menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng 21-15, 21-17. 

Pasangan kedua negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-12 apabila menewaskan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12 - BH online



Kredit : Sumber 

4 comments:

  1. Replies
    1. yup.. memang bersemangat lihat perlawanan akhir nie... cuma nasib tak menyebelahi kita.. pape semangat melawan itu yg kita nak lihat.. "pantang menyerah kalah sebelum berjuang"..

      Delete
  2. tak ape, walau tewas, ada sifat melawan.. Anggap saje tak ada rezeki.. Ros pun tengok malam tadi.. sedikit kecewa jugak bila tewas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takder rezeki kan... pape kita sudah mencuba sehabis baik kan... takper kita cuba lagi masa mendatang. Doakan agar piala Thomas dapat kita bawa balik ke Malaysia.

      mselim3

      Delete

Powered by Blogger.