Denyutan Kotak Hitam MH 370

kotakhitamMH370


Tiga isyarat denyutan elektronik yang dikesan dalam tempoh tiga hari sejak Jumaat lalu mencerahkan lagi harapan menemui MH370, sekali gus merungkai misteri kehilangannya sejak sebulan lalu. 


Jika dua denyutan elektronik yang dikesan oleh kapal China, Haixun 01 dan satu oleh kapal Ocean Shield, milik Australia di lokasi pencarian di Lautan Hindi adalah dari pesawat malang itu, pencarian terbesar dan paling sukar dalam sejarah penerbangan itu bakal berakhir tidak lama lagi. 


Haixun 01 mengesan dua isyarat masing-masing pada jarak kira-kira dua kilometer dalam tempoh kurang 24 jam di bahagian selatan kawasan pencarian dengan yang pertama pada Jumaat lalu. 


Ia dirakam selama beberapa saat, manakala yang kedua pada jam 3.47 petang kelmarin dan berlanjutan selama 90 saat. Ocean Shield yang membawa peralatan mengesan kotak hitam pula mengesan satu isyarat kira-kira 300 batu nautika dari Haixun 01, pada jam 10 pagi semalam. 


Lokasi kapal Haixun merakam dua isyarat itu terletak kira-kira 1,700 kilometer ke barat laut Perth dengan kedalaman kira-kira 4.5 kilometer. 

Kelmarin, pesawat yang menyertai operasi udara turut mengesan beberapa objek berwarna putih terapung kira-kira 90 kilometer dari tempat Haixun menerima isyaratnya. 

Harapan baharu 
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), berkata isyarat dirakam Haixun 01 mempunyai ciri yang konsisten dengan kotak hitam pesawat. 

Berikutan perkembangan terbaru itu, JACC mengarahkan kapal Ocean Shield dan HMS Echo (kedua-duanya memiliki keupayaan mengesan objek dalam air) ke lokasi Haixun bagi membantu mengesahkan sama ada isyarat itu daripada kotak hitam MH370, selain mengerahkan beberapa pesawat ke kawasan sama. 

Bagaimanapun, Ketuanya, Angus Houston, berkata semua empat petunjuk baharu itu tidak boleh disahkan kerana perlu dianalisis dan disiasat secara mendalam. 
Perkembangan terkini memberi harapan baharu, tetapi kita tidak boleh teruja dan perlu mengendalikannya secara berhati-hati... ia mungkin satu lagi isyarat palsu,” katanya pada sidang media semalam. 

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Khas Misi Mencari MH370, Komodor Peter Leavy, berkata HMS Echodijangka mengambil kira-kira 14 jam untuk sampai ke lokasi itu, manakala Ocean Shield lebih lama kerana sedang menyiasat isyarat rakamannya. 

“Ocean Shield mungkin mengambil sepanjang hari ini (semalam) untuk melakukan siasatan isyarat denyutan elektronik. Jika sah bukan milik kotak hitam MH370, barulah ia bertolak ke lokasi Haixun dan mungkin mengambil masa lebih 24 jam,” katanya. 

Houston berkata, kapal turut dihantar ke lokasi beberapa objek berwarna putih dikesan untuk mengesahkan sama ada ia ada kaitan dengan MH370. 

Ditanya bateri kotak hitam, beliau berkata, walaupun lazimnya hanya tahan 30 hari, ada kala ia boleh hidup tambahan lapan hingga 10 hari lagi. 

Kebarangkalian tinggi 

Dalam pada itu, Houston mengumumkan pasukan penyiasat di Kuala Lumpur telah membuat perincian baru kawasan operasi, semalam. 

“Ia berdasarkan kedudukan satelit Inmarsat ketika merakam isyarat ping daripada MH370. Lokasi baru itu adalah di bahagian selatan kawasan pencarian sekarang (lokasi sama Haixun menerima dua isyarat). Mulai esok (hari ini) operasi akan lebih ditumpukan di kawasan baru itu. 


Berdasarkan pengiraan pasukan penyiasat, lokasi itu mempunyai kebarangkalian tinggi bagi MH370 berakhir,” katanya.


Kredit : Sumber

6 comments:

  1. Assalamualaikum. Allahuakbar. Semoga dipermudahkan urusan pencariannya. semacam lapang dada dengar berita ni. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  2. harap-harap dapatlah dalam masa waktu terdekat ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insaallah sesama lah mencuba yang terbaik. Moga2 MH 370 ini dijumpai...

      Delete
  3. Dalam tv3 malam tadi juga Datuk Hishamudin ada menyampaikan berita tentang isyarat petunjuk baru ini...rasa lega dan harapan baru berkobar2 rasanya...semoga di beri pertunjuk dan di permudahkan pencarian bukti kehilangan MH370 ..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insaallah.. moga2 dipermudahkan... harap2 isyarat yang ditemui dapat membantu pencarian mh370 nie... amin....

      Delete

Powered by Blogger.