20 peratus pemohon BR1M ditolak LHDN


pemohonbr1mditolaklhdn

Pontian: Kira-kira 20 peratus permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 ditolak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didapati tidak layak, selain ada yang menggunakan Mykad yang tidak wujud.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata, banyak faktor menyebabkan permohonan ditolak termasuk semakan data mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 berbanding kelayakan yang ditetapkan. 


Beliau berkata, selain itu ada pemohon meletakkan nama ibu bapa sebagai tanggungan menyebabkan permohonan ditolak kerana ibu bapa adalah tanggungjawab anak. 

Pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula” Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

Boleh kemuka rayuan

“Ada juga nombor Mykad pemohon tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.


“Bagaimanapun, pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gotong Royong Denggi Bersama Pemimpin, di Kampung Seri Mahkota, Pontian Besar, dekat sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr Norashikin Mahadan dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pontian, Raja Abdullah Raja Aris. 
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata borang rayuan boleh didapati di pejabat LHDN atau dimuat naik menerusi laman web rasmi LHDN.

Kredit : Sumber

2 comments:

  1. ish..yang kesianya yg betul2 layak x dpat..
    makala yg x layak plak dpat bro..
    mnabung digi..

    ReplyDelete
  2. borang online br1m hari tu pun tak lengkap untuk kemaskini status pekerjaan atau tanggungan, sebabtu jadi macam tu.. mungkin pihak kerajaan perlu menambahbaik borang berkenaan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.