Risiko tinggi misi mencari MH 370

ANGGOTA TUDM melepaskan satu daripada enam boya untuk mengukur arus Lautan Hindi ketika misi mencari MH370, semalam. - Foto Effendy Rashid

Perth, Autralia: Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Malaysia mengenai usaha mencari MH370. Namun tidak ramai tahu atau faham betapa sukar dan kompleks usaha itu.Mencari sebuah pesawat yang terhempas di Lautan Hindi, yang terbentang luas dan ganas, bukan semudah yang disangka. 


Semalam, wartawan bersama rakan media Malaysia, mengharungi sendiri ruang udara lokasi pesawat malang itu dilaporkan hilang membabitkan kawasan seluas 319,000 kilometer persegi di selatan lautan ketiga besar di dunia. 


Penerbangan pesawat C-130H Hercules TUDM dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini, mengambil masa tiga jam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

No comments

Powered by Blogger.