Silva memuji ‘bakat luar biasa Ronaldo... yang membawa prestij kepada Portugal ke seluruh dunia.’ Beliau mengucap tahniah kepada Ronaldo atas ‘bakatnya, disiplin dan kesungguhan yang sentiasa dipamerkannya... sebagai contoh buat generasi muda.” 


Pemain berusia 28 tahun itu menerima penghormatan yang mula dicetuskan pada 1960 itu sempena sambutan ke-500 kematian salah seorang tokoh ternama dalam Empayar Portugis. 


Bawa trofi Ballon d’Or 

Majlis berlangsung di istana presiden di Belem, berhampiran Lisbon, seminggu selepas Ronaldo dinobatkan dengan gelaran Ballon d’Or buat kali kedua, dan pemain bola sepak terbaik itu turut membawa trofi berkenaan bersamanya. 

“Ia memberikan saya satu penghargaan besar untuk mewakili Portugal ke seluruh dunia,” kata Ronaldo. “Ia juga sebagai satu sumber motivasi tambahan buat saya untuk berusaha lebih gigih selain mewakili Portugal di peringkat paling tinggi.” 

Silva dijadualkan mahu menganugerahkan gelaran itu kepada ‘CR7’ pada 7 Januari lalu tetapi majlis itu terpaksa ditangguhkan kerana kematian legenda bola sepak Portugal, Eusebio. - AFP