Cara Membuat Semakan Saman PDRM dan JPJ Secara Online atau SMS

Assalammualaikum..

Di zaman yang serba canggih ini semuanya maklumat dihujung jari. Hal ini tidak terkecuali jika kita berurusan dalam pembayaran saman secara online ini. Daripada segi nak check saman secara online samada Polis atau JPJ ada disediakan dengan beberapa cara seperti di bawah ini : 


Diantara cara-cara yang boleh digunakan untuk semak online :

1- Semak Saman Traffik Polis (PDRM) -  Semak Saman JPJ dan Pembayaran Saman Melalui Myeg. Semuanya dalam satu halaman sahaja. 


carasemaksamangunamyeg

1- Anda boleh pergi ke > Myeg Service Berhad
2- Anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna berdaftar , dengan cara anda terus login dengan masukkan username dan password anda.
3- Sebelum itu anda perlu terlebih dahulu Daftar Sekarang (Register Now) atau Daftar Percuma
4- Borang akan keluar Individu atau Company
5- Kemudian isi segala maklumat yang diminta. Kemudian anda boleh hantar.
6- Setelah urusan pendaftaran selesai , anda boleh boleh masukkan username dan password anda. Kemudian,  anda boleh menyemak saman JPJ atau Traffik Polis (PDRM) .
7- Masukkan No.Kad Pengenalan dan verified . Saman anda akan keluar jika anda ada melakukan kesalahan, jika tidak tiada. Anda juga boleh bayar menggunakan kad kredit atau melalui maybank2u.com.my serta jangan lupa print resit apabila pembayaran telah dibuat. Resit yang telah diprint hendaklah disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang.

2- Melalui Rilek.com 

http://www.rilek.com.my/rilek-prod/


Anda juga boleh menyemak saman anda melalui laman > Rilek.com yang mana merupakan Rangkaian Laman Elektronik Kerajaan. 

3- Melalui Smartphone Adroid 
Untuk Pengguna Smartphone Adroid anda juga download aplikasi ini untuk menyemak saman anda <Klik Sini>

4- Semak Saman PDRM Melalui sms . 

PDRM telah juga memperkenalkan sistem menyemak saman melalui sms atau pesanan ringkas untuk kemudahan pembayar saman.

Cara 1 : 

Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No.Pendaftaran/Plat Kenderaan . Kemudian sent to 32728 .
Contoh : POLIS SAMAN JKR1170 hantar ke 32728. 

Cara 2 : 
Taip POLIS SAMAN<jarak>No.Plat Kenderaan hantar ke 15888.
Contoh : POLIS SAMAN JKR1170 hantar ke 15888. 

Cara 3 : 
Taip POLIS SAMAN [NO.KAD PENGENALAN] hantar ke 32728
Contoh : POLIS SAMAN790714010123 hantar ke 32728. 

5- Semak Saman Online PDRM 

Untuk semak saman online PDRM anda juga boleh check saman anda melalui link ini <Klik Sini>

6- Semak Saman Online JPJ Melalui Portal Rasmi 


semaksamanjpj

Semak saman melalui Portal JPJ juga boleh dibuat dengan : 

1- Klik pautan <Laman Rasmi JPJ>
2- Pilihan boleh dibuat melalui 2 pilihan : 
  1. Masukkan No.Kad Pengenalan Sahaja 
  2. Masukkan No.Kad Pengenalan dan No.Kenderaan 

4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini...
    blog baru kerr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummusalam.. mama,

      tak lah.. nie blog lama yang dibarukan..heheh..

      mselim3

      Delete
  2. Assalam MSelim3;
    T kasih diatas perkongsian.. saya follow blog ni ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam..khir,

      sama2 khir.... terima kasih sudi follow blog nie..

      Delete

Powered by Blogger.