Final Pesta Bola Merdeka 2013 Malaysia Vs Myanmar

Pada malam ini 14 September 2013 perlawanan antara dua pasukan Asia Tenggara iaitu Malaysia Vs Myanmar dalam pertembungan final Pesta Bola Merdeka 2013. Perlawanan Akhir Malaysia Vs Myanmar ini akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.

Terdahulu, dalam perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan Malaysia mengekalkan rekod kemenangan 100% . Namun begitu, tidak dapat dinafikan sudah semestinya Myanmar akan bangkit membalas dendam ke atas Malaysia kerana kekalahan mereka pada pertemuan peringkat kumpulan.
Di atas kertas semestinya pasukan Malaysia memiliki kelebihan untuk memenangi perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2013 ini kerana rekod pertemuan sebelum ini membuktikan Malaysia lebih kuat berbanding pasukan Myanmar tambahan pula Malaysia beraksi dihadapan penyokong sendiri. Tetapi ini bukan lah "lesen" untuk pasukan Malaysia untuk memperlekeh kekuatan lawan.
final pesta bola merdeka 2013 Malaysia Vs Myanmar Final Pesta Bola Merdeka 2013

Perlawanan ini akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena 801 dan siaran TV9. Diharapkan skuad Harimau Muda bawah 23 yang dibimbing oleh Ong Kim Swee bermain bersungguh-sungguh dan memastikan piala Pesta Bola Merdeka berada dalam gengaman kita. 


Walau bagaimanapun, pemain malaysia tidak boleh memandang rendah kebolehan pasukan Myanmar. Di Harap nanti Skuad Malaysia akan bermain bermati-mati sehingga titisan darah yang terakhir bagi mengangkat martabat sukan bola sepak kita di mata dunia dan sekaligus Insaallah dapat layak Piala Dunia di masa mendatang.(berangan yang mungkin boleh jadi kenyataan)

Satu lagi perlawanan bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4 akan berlangsung antara pasukan Singapura menentang pasukan Thailand pada jam 5 petang ini.

Pape pun pada mselim3 sukan bola sepak kita akan maju satu hari nanti seperti zaman mokhtar dahari... insaallah... 

Pesanan penaja : Sokonglah Bola Sepak Kita.. Kami Rela Bersamamu Malaysia... Jatuh dan Bangun Biarlah Kita Bersama.. 

No comments

Powered by Blogger.