'Bukan misi dendam'

Kim Swee sedang memantau latihan anak didik menjelang pertemuan dengan Myanmar malam ini.
Kuantan: ONG Kim Swee pantas menepis betapa pertembungan Malaysia menentang Myanmar bukan ‘misi membalas dendam’ tetapi menuntut anak didik turun ke gelanggang malam ini ‘tunjuk taring’ dan mendapatkan keputusan positif. 

Skuad Harimau Muda A akan berdepan lawan liat dalam saingan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, di sini ketika menyedari ada peluang cerah merebut tiket ke final edisi kali ini walaupun akur kekuatan kedua-dua pasukan hampir sama. 

Lebih penting, percaturan taktikal dan strategi jurulatih memainkan peranan cukup penting dan ketua jurulatih, Kim Swee mengulangi ia bukan misi balas dendam sebaliknya membuktikan skuad negara jauh lebih hebat daripada Myanmar. 


“Saya tidak percaya dengan dendam kerana itu bukan satu perkara yang baik. Sebaliknya kami perlu belajar daripada kekalahan dan memperbaiki kelemahan untuk mendapatkan keputusan positif,” kata Kim Swee. 

Semangat luar biasa 

“Kita ada mempunyai rehat sehari dan saya perlu meneliti beberapa aspek sebelum menyenaraikan pemain untuk perlawanan esok (hari ini). Mungkin beberapa perubahan daripada segi taktikal diperlukan dan persediaan jika keadaan cuaca tidak berubah. 

“Saya juga berharap penyokong tempatan dapat memberi sokongan padu kerana kita memerlukan kelebihan ini untuk memastikan pemain mendapat suntikan semangat luar biasa dalam memburu kemenangan ke atas Myanmar.” 
Kim Swee turut memuji kesetiaan Ultras Malaya yang begitu setia memberikan sokongan ketika kemenangan 1-0 ke atas Singapura dan berharap sokongan berterusan diberikan sehingga tamat kejohanan. 

No comments

Powered by Blogger.